Monday, May 10, 2010

RASMI MESYUARAT AGUNG PIBG SK SRI SELAMA




















27.03.2010 (Sabtu)

Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bandar Baharu Kedah Bhd, Tuan Haji Mohd Noh bin Haji Osman, meminta ibubapa supaya menjadikan anak-anak sebagai kawan yang boleh didampingi dan selalu berbincang dengan mereka sebagai alternatif pendidikan di zaman moden.

"Suasana pendidikan kini sudah berubah, dan perubahan ini memerlukan kebijaksanaan ibubapa dalam menangi masalah anak-anak," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung, Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaaan Sri Selama, Selama, Perak baru-baru ini.

Katanya, dalam arus kemodenan sekarang ini ibubapa juga perlu paling kurang memahami dunia ICT yang semakin berkembang yang kalau tidak diawasi boleh memerangkap anak-anak kepada situasi yang tidak sihat.